Banyak khabar angin tersebar luas sejak akhir-akhir ini menyatakan syarikat pengeluar kereta nasional proton bakal menghasilkan sebuah SUV yang akan dikenali sebagai Proton Bayu.


Beberapa laman sosial telah memuat naik gambaran SUV pertama Proton itu, hasil rekaan seorang pereka dari Mimos, Saharudin Busri. Ilustrasi digital pereka itu digunakan kononnya ia adalah SUV Proton yang akan dilancarkan tidak lama lagi.


Saharudin mengakui rekaan kereta yang disebarkan dalam laman sosial itu adalah hasil ciptaannya tetapi bukan rekaan rasmi Proton.

Menurut berita yang ditular dalam laman sosial, Proton yang telah mengadakan usaha sama dengan syarikat pengeluar kereta dari China, Geely bakal menghasilkan sebuah SUV berasaskan model Geely Boyue yang diubah namanya kepada Bayu.

Post a Comment