Sebagai trak lasak pelbagai guna, ruang dalaman Ford Ranger edisi terhad ini dipertingkatkan manakala keupayaannya, sebagai sebuah pikap masih kekal.
Antaranya masih mendahului pesaing dalam kapasiti mengangkut beban sehingga 1,200 kilogram (kg) dan keupayaan meredah air sedalam 800 milimeter (mm).
Bagi varian tertinggi ini, sistem infotainmen dipertingkatkan dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci yang membolehkan telefon pintar, hiburan dan pendingin hawa dioperasi menggunakan arahan suara.
Pengarah Urusan SDAC Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, Ford Ranger WildTrak Jet Black edisi terhad ini dibina untuk memberikan ketenangan minda kepada pemilik tidak kira untuk apa jua kegunaan.
“Edisi terhad ini juga menjadi simbol kemegahan setiap pemiliknya,” katanya.
Ford Ranger Wildtrak dikuasakan enjin 3.2 liter Duratorq lima silinder juga didatangkan dengan ciri keselamatan pasif dan aktif yang dianggap sempurna. Antaranya enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Lane Keeping Aid, kawalan pemanduan adaptif dan ISOFIX.
Malah, model ini satu-satunya trak pikap di negara ini yang dilengkapi alat pengesan parkir bahagian hadapan dan belakang.
Ford Ranger WildTrak edisi terhad ditawarkan pada harga RM141,588 seunit (termasuk GST) dan boleh didapati di semua bilik pameran Ford di seluruh negara.
-Hmetro
Post a Comment