Avanza baharu daripada UMW Toyota Motor Sdn. Bhd tidak banyak bezanya dari segi luaran dengan model terdahulu.

Seperti sebelum ini, terdapat empat varian iaitu Avanza 1.5S Automatic, Avanza 1.5G Automatic, Avanza 1.5E Automatic dan Avanza 1.3E Manual.

Avanza masih mengekalkan luaran sederhana, namun dengan rekaan dinamik bagi MPV bersaiz kecil. Bersaiz lebih kurang sama dengan generasi terdahulu, tapi peningkatan 50 mm mengubah sedikit profilnya. Bagi gred S, gril dan reka bentuk bampar hadapannya nampak sedikit sporty.

Lampu utama tajam dan memanjang dari tengah hingga sisi hadapan, garang dan bergaya. Roda rim keluli 15 inci, sederhana dan tampak bergaya, melengkapkan rupa luarannya.

Menjengah dalam kabin, tawaran di ruangan itu tidak mengecewakan. Papan pemuka material plastik keras dengan ‘lebihan’ kemasan perak menampakkan usaha menonjolkan ciri ala kemewahan.

Tempat duduk pula dengan material fabrik, kemas dan moden. Panel meter terlihat berkualiti tinggi dengan paparan grafik dan informasi memudahkan pemandu lebih waspada terutama di waktu malam.

Untuk Avanza 1.5S, reka bentuk panel meter terlihat lebih sporty dan bergaya. Ia masih mengekalkan kunci biasa bagi menghidupkan enjin.

Perubahan besar pada Avanza ini iaitu jantung baharunya banyak membantu. Enjin dipasangkan dari siri NR baharu dengan teknologi Dual VVT-i.


Post a Comment