MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan Mitsubishi ASX versi peningkatan. Menerusi pengenalan berkenaan pelanggan kini boleh memiliki SUV (kenderaan utiliti sport) kompak pada harga RM104,791.

Pengenalan varian baharu ASX 2WD GL itu merupakan penambahan kepada varian ASX sedia ada iaitu ASX 2WD dan 4WD.

ASX 2WD ditawarkan pada harga RM112,571 dan ASX 4WD berharga RM125,040 seunit (tanpa insurans, termasuk GST untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung  Malaysia).

Varian  4WD and 2WD didatangkan dengan ciri-ciri luaran yang baru seperti lampu DRL dan antena jenis shark fin. ASX 4WD kini juga dilengkapi tujuh beg udara dan rim aloi dua tona bersaiz 17 inci.

Menjengah ke kabin, kedua-dua varian hadir bersama skrin sentuh dengan sambungan USB, Bluetooth, navigasi dan Virtual Acoustic Positioning System (VAPS) yang menawarkan kualiti audio mengagumkan.

Mitsubishi ASX dikuasakan enjin 2.0 liter MIVEC yang mampu menghasilkan kuasa 150PS dan tork 197Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear INVECS-III CVT bersama mod sports.

Turut ditawarkan tempat duduk balutan kulit, pendingin hawa automatik, paparan multi-info berwarna dan cermin sisi. Sementara sistem hiburan dengan skrin sentuh menjadi ciri standard untuk varian 2WD dan 4WD.

Untuk ketenangan pemilik, SUV Jepun itu dilengkapi dengan ciri keselamatan sistem brek ABS dan EBD adalah standard untuk semua varian. Manakala varian 4WD dilengkapi sistem kawalan semua roda (4WD), Active Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Kawalan Tarikan dan Bantuan Penghidup Bukit (HSA).

Sebagai pilihan Mitsubishi, turut menawarkan warna baharu iaitu biru (Sporty Blue) selain warna sedia ada kelabu, perak dan putih. Model ASX hadir bersama pakej jaminan selama lima tahun.

Sempena ulang tahun ke-10 MMM di Malaysia, MMM akan menawarkan pelanggan dengan rebat tunai tambahan sehingga RM12,000 untuk model-model terpilih.

Post a Comment