Di bahagian kabin, Sportage 2WD dilengkapi sistem audio Infitiny dengan tujuh unit pembesar suara, subwoofer, kamera undur dan banyak lagi.
Sportage 2WD dijana oleh enjin multi-point injection (MPI) 2.0-liter Nu. Dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 154PS dan tork 191Nm @ 4,700rpm.
Sportage ini turut dilengkapi enam beg udara, Program Kestabilan Elektronik (ESP), ABS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), HAC dan DBC bagi meningkatkan keselamatan penumpang.
Sportage 2WD didatangkan dalam tiga warna iaitu putih dan dua tona perak. Harga jualan model berkenaan ialah RM118, 888 seunit (di atas jalan).
Sejak pelancaran Sportage pada 2010 di pasaran antarabangsa, ia berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk Red Dot Design, Reka Bentuk Produk iF, Reka Bentuk Terbaik, Anugerah Peraduan Jenama Automotif dan Anugerah JD Power untuk kualiti baru-baru ini.
Post a Comment