Ford menawarkan enjin diesel generasi terkini 3.2 liter Duratorq lima silinder TDCi dengan penambahan sistem kitaran semula gas ekzos. Ia membantu meningkatkan penjimatan bahan api sehingga 12 peratus, pada masa yang sama mampu menjana kuasa mencecah 197hp dan tork setinggi 470Nm.
Bagi enjin diesel 2.2 liter Duratorq empat silinder TDCi generasi terkini Ford pula, ia mampu menghasilkan kuasa 158hp dan tork 385Nm –peningkatan dari segi kuasa dan tork berbanding enjin 2.2 liter pada Ranger sekarang.
Elektronik
Dari segi ini, WildTrak menampilkan paling banyak ciri sebagai varian paling tinggi. Antaranya adalah sistem ketersambungan SYNC 2 yang terdiri daripada satu skrin sentuh berwarna bersaiz lapan inci untuk mengawal telefon, hiburan dan suhu dengan menggunakan sistem arahan suara yang mudah. Varian XLT pula dilengkapi ciri SYNC bersama paparan bersaiz 4.2 inci.
Inovasi yang sebelum ini dilihat pada sedan Mondeo terkini iaitu MyKey juga ada dipasang pada Ranger baharu ini. Sistem ini membolehkan pelbagai ciri diprogramkan. Misalnya menetapkan had kelajuan maksimum dan amaran memakai tali pinggang keledar.
Ranger baharu merupakan satu-satunya trak pikap di Malaysia yang dilengkapi alat pengesan parkir di bahagian hadapan dan belakangnya. Ia turut menampilkan ciri Front dan Rear Park Assist serta kamera mengundur yang memberikan pandangan lebih jelas.
Keselamatan
Bagi Ranger XL dan XLT, ia dilengkapi dua beg udara, ESC, Hill Launch Assist, dan juga Forward Alert, satu sistem bantuan pemandu yang memberikan amaran visual dan bunyi sekiranya ia berada terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan. Baca Selanjutnya>>
Post a Comment