Kia Optima generasi keempat akan dilancarkan di Eropah terlebih dahulu ketika pameran kereta Frankfurt 15 September hadapan. Ia akan mula dijual bermula suku ke-empat 2015 dengan membawa rekaan luar dan dalam lebih berani, ciri-ciri moden dan pilihan sistem pacuan lebih cekap.

Luaran
Seperti sebelumnya, Peter Schreyer – sekarang presiden dan ketua pegawai pereka Kia Motors – masih lagi mengemudi pasukan rekaan yang mengekalkan imej sporty untuk sedan popular ini. Dari segi ukuran, terdapat pertambahan bagi wheelbase (+10mm ke 2,805mm) dan panjang keseluruhan (+10mm ke 4,855mm).

Optima serba baharu ini juga 25mm lebih lebar (ke 1,860mm) dan 10mm lebih tinggi (sekarang 1,465mm). Dengan itu, ruang kabin sedan segmen D ini juga semakin besar untuk keselesaan tambahan penumpang.

Kereta ini juga sekarang semakin aerodinamik setelah daya seret (drag) dikurangkan daripada 0.3 kepada 0.29Cd. Saiz tayar adalah antara 16 inci sehingga 18 inci.

Kabin
Papan pemuka, bahkan keseluruhan kabin dikatakan menggunakan bahan-bahan lebih berkualiti. Selain itu, bahagian tengah papan pemuka yang mengandungi skrin sentuh 8 inci juga disengetkan 8.5 darjah ke arah pemandu.

Kia mendakwa bahawa penumpang mendapat 25mm ruang kaki tambahan dan juga sehingga 15mm tambahan bagi jarak ke bumbung.

Ruang kargo di belakang bertambah kepada 510 liter (berbanding 505 liter sebelum ini).

Paling istimewa pada pandangan kami adalah pemanas kerusi bukan sahaja untuk penumpang hadapan, tetapi juga untuk yang di belakang. Susah pasti ia tidak relevan kepada pengguna di Malaysia tetapi harapnya pemanas itu boleh ditukar menjadi penyaman udara.

Keselamatan
Penggunaan ultra-high tensile steel (UHTS) yang cermat membolehkan badan kereta ini menjadi 50% lebih kuat daripada kereta sebelumnya, tetapi 8.6kg lebih ringan.

Peralatan keselamatan termasuk tujuh beg udara, pengurusan stabiliti kenderaan (VSM) dan kawalan stabiliti elektronik (ESC). Baca selanjutnya di astroawani.com




Post a Comment