Pada September tahun lalu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Ativa versi hibrid yang hanya dibawa sebanyak 300 unit, dan hanya ditawarkan dalam program langganan sahaja.

Namun, semua langganan untuk program ini sudah pun penuh dan kesemua 300 unit Ativa Hybrid berkenaan telah dihantar kepada pelanggan yang berjaya.

Untuk rekod, peserta bagi program ini terikat dengan kontrak langganan selama lima tahun dan perlu membayar pendahuluan sebagai komitmen sebanyak RM2,150, diikuti dengan yuran langganan bulanan sebanyak RM500.

Justeru, jumlah berkenaan sudah termasuk sekali dengan deposit tiga bulan dan yuran langganan untuk bulan pertama (dengan deposit tiga bulan itu akan dipulangkan kepada pelanggan nanti).

Jika sudah melanggan, anda tidak perlu risau mengenai kos penyelenggaraan, insurans dan cukai jalan. Semua akan ditanggung oleh PERODUA.

Dalam tempoh lima tahun langganan, had jarak pemanduan yang dibenarkan kepada pelanggan adalah 100,000 kilometer (km), dengan purata 20,000 km setahun atau 1,666 km sebulan.

Pada hujung tempoh berkenaan, jumlah keseluruhan yang akan di bayar kepada PERODUA adalah RM30,150 dan peserta perlu memulangkan kereta terbabit.

Baru-baru ini, beberapa media terpilih diberi peluang untuk merasai pengalaman sebagai peserta program langgan untuk tempoh selama tiga bulan.

Dalam tempoh berkenaan, penulis dapat menikmati pemanduan lebih baik seperti kereta sendiri. Untuk rekod ini adalah tempoh pandu uji paling lama pernah dirasai penulis.

Ternyata, Ativa Hybrid lebih pantas dan responsif daripada versi Turbo.

Untuk pengetahuan anda, sistem e:Smart Hybrid yang ada pada Ativa ini sebenarnya berlainan dari sistem hibrid yang ditawarkan dalam pasaran khususnya di Malaysia.

Tahap responsif lebih baik

Model ini diberikan enjin petrol WA-VEX 1.2 liter tiga-silinder kitaran Atkinson yang hanya menghasilkan kuasa 82 PS dan tork maksimum 105 Nm.

Namun enjin berkenaan langsung tidak memacu roda kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak ini kerana ia bertugas semata-mata sebagai enjin penambah jarak (range extender) yang berfungsi hanya untuk mengecas bateri lithium-ion.

Sementara roda hadapan dipacu sepenuhnya oleh motor elektrik berkuasa 106 PS dan tork maksimum 170 Nm seperti kereta elektrik sebenar.

Bukan sahaja lebih pantas, Ativa Hybrid ini juga jauh lebih jimat penggunaan petrol. Berdasarkan perkiraan asas penulis, setiap tangki penuh Ativa Hybrid ini mampu bertahan sehingga hampir 500 km.

Dari aspek luaran, Ativa Hybrid ini seperti Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid dan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Ia tampil dengan cermin sisi berspesifikasi JDM. Cuma untuk versi ini, tiada kamera undur disediakan. Tetapi di hujung bawah cermin sisi sebelah kiri pula memudahkan pemandu melihat kawasan bawah kereta, terutama ketika melalui laluan sempit.

Dan jika anda peserta program langganan, anda tidak boleh mengubahsuai sebarang bentuk sedia ada yang disediakan PERODUA.

Unit infotainmen juga tiada ketersambungan kepada Apple Carplay dan Android Auto, selain tiada butang kawalan volum pada stereng.

Rim juga berbeza yang tampil dengan lima nat, yang dilihat lebih sesuai untuk kereta berat berbanding empat nat untuk Ativa Turbo.

Selain itu, Ativa Hybrid juga kereta pertama Perodua tanpa tayar ganti, sebaliknya pemilik diberikan kit tayar (pam elektrik) untuk mengepam tayar (jika pancit) supaya dapat memnpandu ke bengkel untuk dibaiki.

Biar apapun kekurangan, Perodua Ativa Hybrid tetap dilihat sebagai tawaran menarik kepada mereka yang mahu berjinak dalam penggunaan kereta hibrid.

Pilihan aksesori untuk Perodua Ativa 

Bayaran dikenakan juga berpatutan kerana kita tidak perlu risaukan tentang kos penyenggaraan dan pemilik kereta seperti insurans dan servis.

Dapatkan tikar lantai untuk aktiva berkualiti, pelbagai pilihan warna, anti slip, kalis air, mudah cuci dan cepat kering.


Post a Comment