Model MPV kompak tujuh tempat duduk mampu milik itu ditawarkan dengan tiga varian iaitu Standard, SE dan Advance dengan harga bermula RM51,490 hingga RM62,690 tanpa insurans.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin, berkata Alza baharu menawarkan keselesaan, praktikaliti, fleksibiliti dan ruang yang cukup untuk tujuh individu menjadikannya MPV pilihan rakyat Malaysia sejak sedekad lalu.
Ruang simpanan yang banyak dan konfigurasi tempat duduk fleksibel, Alza terbaharu ini sesuai untuk aktiviti keluarga dan kegunaan harian.
Antara ciri baharu ialah grafik panel instrumen dan kluster tengah yang direka semula dan kunci kawalan jauh ‘two-motion’ dan penambahbaikan aliran pendingin hawa ke barisan tempat duduk ketiga.
Semua varian dilengkapi lampu kabus depan, spoiler belakang, stereng balutan kulit, filem tingkap keselamatan dan solar, sensor belakang serta tayar aloi 15 inci dengan kemasan warna perak pada varian Standard dan titanium pada varian SE dan Advance.
Ciri hiburan juga dipertingkatkan apabila varian Standard dan SE dipasang dengan sistem audio dengan fungsi USB dan Bluetooth.
Sementara varian Advance dilengkapi monitor pada bumbung dan sistem multimedia dengan skrin sentuh berasaskan Android dengan fungsi capaian pintar (Smart Link), Bluetooth, navigasi dan kamera undur.
Sudut luaran pula, varian SE dan Advance lebih menonjol dengan bampar hadapan baharu, gril bersama bar berkembar dan skirting sisi selain rekaan bampar belakang dan kemasan baharu di bahagian belakang.
Maklumat lanjut sila kunjungi bilik pameran perodua yang terdekat atau layari laman web perodua.
-hmetro
Post a Comment