Antara kelainan ditonjolkan adalah skirting hadapan dwi-warna gabungan merah dan hadir bersama Aero Sport Bar untuk gaya metropolitan.
Bagi membezakannya dengan model pikap standard lain, X-Series didatangkan bersama logo Isuzu berwarna merah dan gril bampar hadapan kelabu untuk sentuhan sporty, juga logo X-Series pada pintu belakang dan sisi.
Pelekat badan reka bentuk jalur sporty ditambah pada bahagian bonet dan pintu kargo belakang serta cermin hadapan untuk menyerlahkan ciri gaya prestasi.
Varian terbaru ini turut hadir bersama lampu aluan yang menjadi ciri standard dan menyala apabila kunci kereta dibuka dengan lampu sorot putih diaktifkan serta diunjurkan ke tanah selama 30 saat.
Bahagian ruang dalaman diberi sentuhan terkini dengan menawarkan aksesori Paparan Pemandangan Sekeliling (AVM) sistem 360 darjah untuk memudahkan pemandu memastikan kawasan sekitar selamat terutama ketika mengundur atau meletak kenderaan.
Tempat duduk kulit dengan jahitan bentuk sarang lebah berwarna merah menyerlahkan ciri sporty dan skrin sesentuh lapan inci untuk sistem hiburan dan maklumat yang berfungsi sebagai Sistem Kedudukan Global (GPS) dan ketersambungan telefon pintar untuk kemudahan perjalanan.
Selain itu, antara perubahan lain X-Series, lampu LED dalaman berwarna merah dan pencahayaan LED yang menyala ketika pintu dibuka atau dikunci.
Untuk pasaran tempatan, Isuzu D-Max X-Series hanya dikeluarkan 210 unit (90 varian 2.5L dan 120 varian 3.0L).
Kedua-dua varian dijual pada harga RM118,000 dan RM124,000 tanpa insurans dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.
-hmetro
Post a Comment