D-Max Premium (yang ditawarkan varian 3.0L dan 2.5L) serta D-Max Z-Prestige kini dilengkapi sistem infotainmen bersama panel paparan 8.0 inci yang didatangkan dengan beberapa penambahan seperti sistem navigasi GPS, 'Smart Mirroring', Wi-Fi, USB, iPod dan Bluetooh.
Bagi ciri baharu lain, dulang kargo gelongsor dipasangkan pada varian D-Max Z-Prestige yang boleh dialih kepada pintu belakang, membolehkan pengguna membawa turun muatan lebih mudah.
Lebih menarik, pemasangan dulang kargo itu turut ditawarkan bagi varian D-Max yang lain sebagai aksesori tambahan.
Di bahagian dalamannya pula, kerusi balutan kulit baharu turut dipasangkan pada D-Max Premium AT (3.0L) dan D-Max Z-Prestige, sekali gus menampilkan reka bentuk sporty kotemporari dengan bentuk geometri segi empat tepat.
Selain itu, model baharu pacuan empat roda terbabit turut diperkenalkan dengan warna baharu, iaitu ungu Cavalry Mica yang menggantikan warna lama Biru Nautilus Mica.
Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki, berkata perkenalan kepada model D-Max yang dipertingkatkan itu mengekalkan nilai teras Isuzu dalam kecekapan bahan bakar, ketahanan dan kebolehpercayaan.
Katanya, penambahbaikan luaran dan dalaman dibuat mengikut keperluan pengguna supaya ia dapat diterima baik oleh pengguna di negara ini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 1300991133 atau melayari laman web rasmi Isuzu di www.isuzu.net.my/pickup/. -ASTROAWANI
Post a Comment