Model Sportage petrol di pasaran ditawarkan dengan pacuan roda depan manakala versi diesel dilengkapi dengan 'Dynamax AWD'. Pilihan pacuan semua roda dan kemasan GT Line menjadikan versi diesel sebagai model spesifikasi tertinggi buat pengguna Malaysia.
Baru-baru ini penulis berpeluang memandu uji model tersebut. Dijana oleh enjin 2.0 liter turbodiesel, ia mampu menghasilkan kuasa 185PS dan tork 400Nm yang boleh dicapai serendah 1,750rpm. Sportage kemudian dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Tork yang dihasilkan lebih tinggi berbanding versi petrol.
Enjin dihidupkan dan kemudian pintu ditutup. Suara enjin dirasakan begitu halus dan tidak terdengar hingga ke kabin. Ternyata kedapan kabin cukup bagus. Begitu juga dengan getarannya yang sangat minimum. Suara enjin pada putaran rendah sangat halus, bahkan hampir menyerupai enjin petrol.
-Sinarharian
Post a Comment