KUALA LUMPUR 21 Julai 2016 - Perodua Bezza, sedan EEV pertama yang dibangunkan oleh pengeluar kenderaan nasional Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dilancarkan secara rasmi sebentar tadi di One World Hotel, Petaling Jaya.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan diiringi Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, Presiden Daihatsu Motor Co.Ltd Masanori Mitsui serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Bezza menawarkan ruangan tambahan menerusi tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40, sekali gus menghasilkan konfigurasi kedudukan 8+1 untuk ruangan maksimum, bergantung kepada keperluan pelanggan.

Bezza yang menggunakan tagline 'Melengkaui Kompak' ditawarkan dalam lima varian - Standard 1.0L transmisi manual; 1.0L Automatik; 1.3L Premium X Manual; 1.3L Premium Automatik dan 1.3L Advance, yang dijual pada harga atas jual bermula dari rm37,300 hingga rm50,800.

Post a Comment